Wednesday, April 21, 2010

Apa Yang Awak Nak Kaji??!! ~Dr.Aziz Shafie

Dengar tajuk pon dah cam cuak je kan,,siap ade tande seru lagii,,ni la soalan pertama sekali bile aku jumpa Dr. Aziz mase nak submit tajuk tesis,,gatal sangat nak wat bawah die kan,,hahaha,,Walaupon garang aku tau aku boleh duduk bawah die,,wat tesis bawah die,,die boleh jadi peyelia tesis yang baik pada aku,,Kalo nak tau 6 kali aku kene tukar tajuk tesis sebab die xnampak ape yang aku nak kaji,,give up gak mule2,,tapi pikirkan aku nak dapat A tesis ni aku sedaya upaya terangkan ape yang aku nak kaji,,Akhirnya die terima aku duduk bawah die , terima tajuk aku,,Tajuknya " Tahap Penglibatan Penduduk Tempatan Dalam Pembangunan Pelancongan. Kajian Kes di Mersing, Johor". Setahun dok jumpe,,bincang pasal tesis ni baru aku tau yang Dr. Aziz nie xde la garang mane pon,,die siap cakap die saje wat garang supaya student die ade rase confident level yang tinggi dalam diri,,die ade cakap kat aku kalo dah boleh berkomunikasi dengan die dah kira hebat,,dah boleh berinteraksi ngan orang luar.

ABSTRAK

Kajian ini adalah mengenai penglibatan penduduk tempatan dalam aktiviti pelancongan. Ia telah dijalankan di Mersing, Johor. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk melihat tahap penglibatan penduduk tempatan daerah tersebut dalam pembangunan pelancongan. Secara khususnya pula, kajian ini cuba untuk mengenalpasti bentuk pembangunan pelanconganyang ada di daerah Mersing, mengenalpasti jenis penglibatan penduduk tempatan dalam pembangunan pembangunan pelancongan di daerah Mersing, mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan penduduk tempatan dalam pembangunan pelancongan di daerah Mersing dan mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi tahap penglibatan penduduk tempatan dalam pembangunan pelancongan di Mersing. Kajian ini dilakukan menggunakan pendekatan kuantitatif. Kaedah soal selidik diaplikasikan bagi mengumpulkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Data dari soalan soal selidik tersebut dianalisis mengunakan analisis SPSS. Penemuan kajian menunjukkan tahap penglibatan penduduk tempatan dalam pembangunan pelancongan di kawasan kajian adalah tinggi bagi ketiga jenis pembangunan yang dikaji. Pelbagai faktor yang dapat dikaitkan dengan tahap penglibatan penduduk tempatan dalam pembangunan pelancongan yang ada.


Penat lelahku selama hampir setahun akhirnya siap jugak,,tesis aku,,huhuhu,,tapi xtau la boleh dapat gred ape,,risau bebenor nie,,Kalo dapat A memang berbaloi2,,

Proses mencari bahan di PPZ


Akhirnya sebuah tesis siap..hehe..

Terima kasih pada mama dan abah yang banyak tolong ude,,member2 yang banyak membantu dalam menyiapkan tesis nie,,akhirnya siap jugak,,penat lelah selama ni ade dalam tesis ni,,huhuhu,,

No comments:

Post a Comment